Wednesday, April 7, 2010

Matematik Huluan

Pertama kali mendengar istilah Matematik Huluan (upstream mathematical research).

Apa bezanya  dengan ethnomatematik? Menurut Dr Adi Setia Institut Penyelidikan Matemtaik UM.
..penyelidikan yang terbit daripada rasa sedar-diri yang tinggi akan “makna-diri” penyelidik itu sendiri, sesuai dengan kefahaman dan kepekaan beliau terhadap sistem nilai dan pandangan hidup yang dianutinya, termasuk permasalahan sebenar yang ditanggapi dan dikenalpasti hasil daripada kefahaman dan kepekaan tersebut.
Contohnya kajian membabitkan: 1. Model Penggunaan wang dinar
                                                      2. Model matematik sistem wakaf
                                                      3. Kosmologi Islam
                                                     4. Sejarah Matematik melayu islam

Bertentangan (bukannya Lawan)  ialah "matematik Hiliran' (downstream research). Menurutnya lagi,

Penyelidikan hiliran ialah penyelidikan runcitan sekadar mengemaskinikan di sana-sini teori dan bidang yang sudah sedia ada, malah yang sudah lama “matang,” atau lebih parah lagi, sekadar menemukan penggunaan baru atau menguji keberkesanan bagi pelbagai teknik atau pengisian matematik (mathematical software) atau pemodelan matematik (mathematical modelling) sedia ada.

Mungkin kajian sebegini dapat mempertingkatkan jatidiri, esteem diri orang melayu.

Sifat rendah diri dan rasa tidak yakin dengan keupayaan bangsa begitu tebal..kalau tidak percaya ..buka suratkhabar cotnohnya utusan melayu/berita harian..kita akan baca artikel/pendapat/komen dari ahli politik yg gemar membuat generalisasi negatif tentang orang Melayu!! tanpa fakta/data, sewenang wenangnya sedap mulut bercakap mengatakan orang melayu itu dan ini..

Kenalan

Chat with me