Monday, October 19, 2009

Kreativiti dalam matematik



Kenapa seseorang itu lebih kreatif dibanding dengan individu lain?Apakah yang menyebabkan ia kreatif? Bagaimana kreativiti ini berkembang? Adakah kreativiti terjadi secara semulajadi? Persoalan ini merupakan persoalan yang menjadi bahan kajian ramai ahli psikologi mahupun pendidik dalam pelbagai bidang.

Teori psikoanalitik (Freud, Jung, Eyesenk dll) mencadangkan sifat psiko atau tidak normal menjadi pencetus kepada sifat kreatif. ..

Pada 1907, Freud berkata, ‘
The child’s best-loved
and most intense occupation is with his play or games. …he
creates a world of his own, or rather, re-arranges the things of
his world in a new way which pleases him'
.

Teori ini tidak mengambilkira faktor sosial atau biologi individu sebaliknya berasaskan kepda experimen kendiri yang 'bias'. Manakala ada juga pandangan yang mengatakan seorang itu memiliki sifat sedikit 'tidak waras' jika ia seorang sangat kreatif. (ummm..teringat biografi beberapa genius yang 'keliru')

Frank Barron berpendapat

The creative person is more primitive and more cultured, more destructive and more constructive, crazier and saner, than the average person” (Harman & Rheingold, 1984).

(Cuba ingat sejarah hidup ahli matematik Erdos..?)


Manakala secara sosiologinya Maslow berpandangan keperluan kepada perkara asas dalam kehidupan menjadi pendorong kepada usaha mencari jalan kearah keperluan ini. Lihat Maslow ..

Bagaimana menjadi kreatif ?
Beberapa langkah yg dicadangkan...
1. Mempertingkatkan kebolehan mengambarkan sesuatu yang abstrak
2. Sentiasa melakukan aktiviti melibatkan cabaran kepada minda
3. Berminat dan melakukan aktiviti dengan kesungguhan

Halangan kepada kreativiti ..(Take note!)


1. Diri individu itu sendiri yang diselubungan dengan sifat negatif. Dr. John Chaffee (2002) menegaskan ' the biggest threat to creativity lies within people themselves, and this threat is the “negative voice of judgment,” suara negatif yang mentidakan kebolehan sendiri. Mengatakan 'tidak boleh' apabila timbul keinginan melakukan sesuatu yang berbeza.
(Teringat kata kata 'ayahanda' Dato Prof Husin yang sentiasa bercakap tentang 'inner voice' atau - 'Bisikan -bisikan' ) Menarik.

Creative models
Refer to http://www.directedcreativity.com/pages/WPModels.html

More on philosophy -metaphyzical discussions
Refer to http://www.rbjones.com/

Freud, S. ‘Creative Writers and Daydreaming’ in The Complete Psychological
Works Vol IX, London: Hogarth Press, 1959 p.143-144.

Matematik dan kreativiti -William Byers famous model..will discuss this issue later..I have been reading Byrs's work for some time now..too much to elaborate . Will do so later when my thoughts are more organise. ..ie when i have more time to dwell on this huge issues.





Kenalan

Chat with me